Selasa, 1 Ogos 2023, telah berlangsung program berbentuk webinar bertajuk “Writing News Article For Beginner” anjuran Perpustakaan Tun Abdul Razak Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau. Program tersebut distrim secara langsung menerusi platform Cisco Webex dan di Facebook PTAR Kampus Rembau dan menerima lebih 300 orang peserta khususnya warga UiTM dari seluruh negara.
Objektif webinar ini dianjurkan bertujuan untuk memupuk warga UiTM, tidak kira Pustakawan, kumpulan pentadbiran atau warga akademik untuk berkecimpung di dalam bidang penulisan, dan di dalam skop ini, untuk diterbitkan pada saluran umum seperti di dada akhbar. Selain dapat mengasah bakat menulis, penerbitan artikel dapat juga memberi perkongsian ilmu berdasarkan kepakaran bidang masing-masing serta mengalakkan budaya membaca di kalangan masyarakat selari dengan objektif Read@UiTM.
Speaker jemputan, Puan Nurul Nisha Mohd Shah, merupakan pensyarah di Fakulti Komunikasi & Pengajian Media, UiTM Kampus Rembau, dan merupakan salah seorang warga kampus yang aktif dalam menulis dan menerbitkan artikel di dalam akhbar, dan merupakan orang yang cukup berkelayakan untuk memberi ilmu tentang bagaimana untuk membuka langkah awal untuk menulis.
Program yang berlangsung selama hampir dua jam itu menerima sambutan dan maklumbalas yang sangat positif daripada penonton. Pihak pengajur mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang sudi menonton dari awal sehingga penghujung program. Bagi yang terlepas, anda boleh menyaksikan semula program webinar menerusi saluran YouTube PTAR Kampus Rembau:
Disediakan oleh: Muhammad Shafiq Amirullah, Pustakawan PTAR Kampus Rembau