Program Wakaf Buku PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang

Buat julung kalinya PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang (UiTMCPP) telah mengadakan Program Wakaf Buku pada 19 Jun 2023 di Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Pasir, Pulau Pinang.

Program ini telah disertai oleh Timbalan Ketua Pustakawan, Tuan Haji Ahmad Faizar Jaafar bersama 2 orang Pustakawan Kanan, seorang Pembantu Pustakawan Tertinggi serta seorang Pembantu Pustakawan Kanan. Kehadiran wakil PTAR UiTMCPP ini telah disambut mesra oleh Puan Roslina Hasim selaku Pengetua SMK Permatang Pasir, Puan Nurul Afiza Ghazali, guru Perpustakaan & Media serta beberapa orang guru yang lain.

Melalui program ini, PTAR UiTMCPP telah menyerahkan koleksi bahan bacaan Bahasa Inggeris kepada Pusat Sumber SMK Permatang Pasir yang bertujuan untuk meningkatkan minat membaca yang berterusan dalam kalangan murid. Selain itu perbincangan juga turut diadakan bersama pihak sekolah mengenai keperluan pelajar dalam bidang teknologi dan kesediaan PTAR UiTMCPP membantu dalam segi bahan rujukan di PTAR UiTMCPP.

Program CSR ini diharapkan dapat mengukuhkan hubungan PTAR UiTMCPP khasnya dan UiTM secara amnya bersama komuniti luar di sekitar UiTM di samping memberi bantuan kepakaran yang sesuai dengan keperluan sekolah.

Disediakan oleh : Rafidah Muhamad Sam, Pembantu Pustakawan Kanan

Avatar photo
PTAR Kampus Permatang Pauh

Leave a Reply