Majlis Perasmian dan Penutupan Sambutan Hari Arkib Antarabangsa 2023 Peringkat UiTM Cawangan Melaka

7 Jun 2023, Rabu – Unit Arkib, PTAR UiTM Cawangan Melaka telah mengadakan Majlis Perasmian Penutupan sempena Sambutan Hari Arkib Antarabangsa 2023 Peringkat UiTM Cawangan Melaka pada ketentuan berikut :

Tarikh : 7 Jun 2023 (Rabu)
Masa : 4.00 Petang
Tempat : Ruang Santai Point, PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah

Sambutan Hari Arkib Antarabangsa 2023 ini telah berlangsung selama 2 hari iaitu bermula 6 Jun 2023 sehingga 7 Jun 2023. Program ini telah diketuai oleh Cik Ilya Nur Fateen binti Othman, Pustakawan dan bersama ahli jawatankuasa yang lain iaitu kakitangan PTAR UiTM Cawangan Melaka terdiri dari Kampus Alor Gajah, Kampus Bandaraya Melaka dan Kampus Jasin.

Program ini bermula seawal jam 8.30 pagi sehingga 5.00 petang bertempat di Unit Arkib Cawangan Melaka dan Ruang Santai Point, PTAR UiTM Cawangan Melaka. Tujuan program ini diadakan bagi menyokong Perancangan Strategi Perpustakaan UiTM 2023, berdasarkan agenda Globally Marketable – Turning Globally Marketable Staff. Diharapkan dengan adanya program ini akan memberi kesedaran kepada warga UiTM Cawangan Melaka tentang peranan dan kepentingan Unit Arkib Cawangan Melaka, disamping memberi kesedaran tentang pengurusan rekod penting Universiti.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang Sambutan Hari Arkib Antarabangsa 2023 peringkat UiTM Cawangan Melaka adalah seperti berikut:

  1. Kursus Asas Pengurusan Rekod & Fail Bersama PRJ & PTRJ UiTM Cawangan Melaka
  2. Taklimat Pengenalan & Perkhidmatan Unit Arkib Cawangan Melaka Bersama Pelajar Diploma Pengurusan Teknologi Pejabat (BA132)
  3. History Walk (Pengunjung Bertuah)
  4. Archive2U
  5. Kuiz Find & Wins
  6. Book2U (Mobile Library @PTAR)
  7. Peminjam & Pengunjung Bertuah
  8. Kuiz Perkhidmatan Sirkulasi
  9. Digital2U (Pengunjung Bertuah)
  10. Kuiz Perkhidmatan Digital
  11. Kuiz Fun Facts

Program ini telah dirasmikan oleh Professor Madya Ts. Dr. Mohd Rasdi bin Zaini, Rektor UiTM Cawangan Melaka di Ruang Santai Point, PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah pada jam 4.00 petang sehingga 5.00 petang. Majlis penyampaian hadiah juga telah disampaikan oleh Rektor kepada para pemenang bagi kategori yang berikut:

TikTok Challenge

Peminjam Bertuah (Book2U)

Pengunjung Bertuah Digital2U

Kuiz Find & Wins (Kategori Pelajar)

Kuiz Find & Wins (Kategori Staf)

Pemenang Utama Pengunjung Bertuah Pilihan Rektor UiTM Cawangan Melaka

Pemenang Kuiz Taklimat Pengenalan & Perkhidmatan Unit Arkib

Pemenang Kuiz Kursus Asas Pengurusan Rekod & Fail

Anugerah Pengurus Rekod Terbaik UiTM Cawangan Melaka

Keseluruhannya, program ini mendapat maklumbalas yang sangat baik dari pihak pengurusan tertinggi UiTM Cawangan Melaka dalam membantu meningkatkan ketampakan fungsi dan peranan Unit Arkib. Seterusnya ianya mampu menjadi wadah bagi profesional dan komuniti arkib berkongsi maklumat pintar dan mentransformasi peranan dan tanggunggjawab bagi mengharungi cabaran masa hadapan.

Gambar Sekitar Majlis Perasmian Penutupan KLIK SINI

Montaj Perasmian Penutupan KLIK SINI

Pautan Tiktok KLIK SINI

Disediakan oleh: Ilya Nur Fateen binti Othman, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah

Avatar photo
Ilya Nur Fateen Othman PTAR Alor Gajah Melaka

Leave a Reply