Lawatan Rektor UiTM Cawangan Melaka di Unit Arkib Cawangan Melaka

7 Jun 2023, Rabu – Unit Arkib Cawangan, Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Melaka telah menerima lawatan daripada Rektor UiTM Cawangan Melaka, Professor Madya Ts. Dr. Mohd Rasdi bin Zaini.

Sempena Sambutan Hari Arkib Antarabangsa 2023 Peringkat UiTM Cawangan Melaka pihak PTAR UiTM Cawangan telah menjemput Rektor UiTM Cawangan Melaka bagi menyempurnakan Majlis Perasmian Penutupan Sambutan Hari Arkib Antarabangsa 2023 Peringkat UiTM Cawangan Melaka.

Selepas selesai Majlis Perasmian Penutupan Sambutan Hari Arkib Antarabangsa 2023 Peringkat UiTM Cawangan Melaka, Professor Madya Ts. Dr. Mohd Rasdi bin Zaini melihat suasana sekitar Unit Arkib dengan aktiviti yang telah dijalankan sepanjang Sambutan Hari Arkib Antarabangsa 2023 Peringkat UiTM Cawangan Melaka iaitu 6 – 7 Jun 2023.

Melalui lawatan seperti ini ia dapat mempromosikan perkhidmatan Unit Arkib dalam menyokong usaha-usaha memberi kesedaran kepada semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) mengenai kepentingan Pengurusan Rekod Universiti yang mesti diketahui oleh semua warga UiTM terutama PTJ di bahagian pengurusan tertinggi UiTM Cawangan Melaka.

Disediakan oleh: Ilya Nur Fateen binti Othman, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah

Avatar photo
Ilya Nur Fateen Othman PTAR Alor Gajah Melaka

Leave a Reply