Kelas Kemahiran Maklumat

Pada 8 Jun 2023 telah berlangsung Kelas Kemahiran Maklumat (KKM) bagi Modul Reference Management Software – Endnote bersama Diploma Pengurusan Maklumat, Pensyarah Nurfaizah binti Kamarudin bertempat di Sudut IT, PTAR Kampus Samarahan.

Seramai 23 peserta yang hadir pendedahan yang lebih mendalam mengenai pencarian bahan maklumat dan perkhidmatan di PTAR UiTM Cawangan Sarawak.

Taklimat ini telah disampaikan oleh Encik Dominic Inggu, Pembantu Pustakawan Kanan, PTAR Kampus Samarahan.

Dengan adanya taklimat seperti ini, diharapkan pelajar-pelajar dapat memanfaatkan perkhidmatan perpustakaan dengan lebih berkesan dan dapat meningkatkan prestasi akademik mereka pada masa akan datang.

Zuraida Abdul Karim PTAR Kampus Samarahan 2

Leave a Reply