Program Road Tour Al-Ikhsan Sports Sdn. Bhd., Educational & Career Talk with Al-Ikhsan Sports Sdn. Bhd.

Merbok, 19 Jun 2023 – Program Road Tour Al-Ikhsan Sports Sdn. Bhd., Educational & Career Talk with Al-Ikhsan Sports Sdn. Bhd. telah berlangsung di Ruang Library Community Engagement, Perpustakaan Sultan Badlishah, UiTM Cawangan Kedah.

Program ini merupakan anjuran Unit Jaringan Industri, Masyarakat & Alumni (ICAN), Unit Kerjaya dan Kaunseling (UKK), Perpustakaan Sultan Badlishah, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Cawangan Kedah dengan kerjasama team CSR Al-Ikhsan Sports Sdn. Bhd. Seramai 114 orang pelajar dari pelbagai fakulti serta komuniti luar yang berdekatan kampus telah menyertai program ini.

Objektif program ini bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai perjalanan karier bersama syarikat Al-Ikhsan Sports Sdn. Bhd. Selain itu, antara agenda utama program ini adalah sesi perkongsian ilmu dan pengalaman oleh CSR/HR Al-Ikhsan Sports Sdn. Bhd. serta sesi penyampaian sumbangan kepada staf, pelajar dan komuniti yang terlibat.

Aktiviti-aktiviti yang berlangsung sekitar program tersebut.

Penulis : Hamidah Binti Mohd, Pem. Pustakawan Kanan

Hamidah Mohd Per. Sultan Badlishah Kedah

Leave a Reply