Collaborative Teaching Quantitative Research Methods

Merbok, 13 Jun 2023 – “Collaborative Teaching – Quantitative Research Methods” telah dilaksanakan oleh Perpustakaan Sultan Badlishah bersama Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, UiTM Cawangan Kedah. Kerjasama ini adalah dirancang sebagai usaha mendokong aspirasi pelaksanaan penyampaian fleksibel & education 5.0 di Fakulti Pengurusan Perniagaan, UiTM Cawangan Kedah. Satu sesi kerjasama pengajaran dan pembelajaran telah diadakan di antara Pensyarah dan Pustakawan secara bersemuka di Sudut IT, Perpustakaan Sultan Badlishah. Terdapat beberapa topik menarik dalam silibus kursus MGT646 Collaborative Teaching – Quantitative Research Methods dan ianya akan menjadi lebih bermakna (meaningful learning) dan menarik, jika pelajar dapat turut mendengar kupasan idea dan diskusi daripada pakar dalam bidang berkaitan dari industri atau institusi dan organisasi luar/ antarabangsa.

Program Collaborative Teaching – Quantitative Research Methods ini telah berlangsung dengan jayanya pada 13 Jun 2023 secara bersemuka. Sesi ini disampaikan oleh penceramah jemputan Puan Noor Azlin Abdullah(Pustakawan Kanan) dan moderator Dr. Zuraidah Mohamed Isa(Pensyarah Kanan) dengan kehadiran peserta seramai15 orang pelajar.

Secara keseluruhannya, program yang berlangsung ini telah mencapai objektifnya. Berdasarkan kepada maklumbalas yang diterima, majoriti para peserta program berpuas hati dengan memberikan skala 4 dan 5 bagi 6 indikator berikut :

  1. Pengetahuan penceramah berkaitan tajuk.
  2. Semangat dan motivasi penceramah.
  3. Pendekatan/cara yang digunakan oleh penceramah membantu pemahaman.
  4. Bahan penyampaian yang digunakan oleh penceramah memudahkan pemahaman.
  5. Keterbukaan penceramah untuk berbincang dan bersoal jawab.
  6. Penilaian terhadap keseluruhan program.

Diharapkan program ini telah dapat membantu para pelajar dalam memahami secara lebih mendalam berkaitan subjek MGT646 Quantitative Research Methods dan membantu memenuhi KPI fakulti dan kampus.

Gambar semasa program.

Penulis : Noor Azlin Abdullah, Pustakawan Kanan

Avatar photo
Hamidah Mohd Per. Sultan Badlishah Kedah

Leave a Reply