Seminar Dan Pertandingan Poster Amalan Terbaik Pengurusan Rekod, Arkib Dan Galeri Universiti Sempena Sambutan Hari Arkib Antarabangsa Peringkat UiTM Anjuran Jabatan Arkib Universiti, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) 2023

Merbok, 9 Jun 2023 – Jabatan Arkib Universiti, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah menganjurkan Seminar dan Pertandingan Poster Amalan Terbaik Pengurusan Rekod, Arkib dan Galeri Universiti sempena Sambutan Hari Arkib Antarabangsa Peringkat UiTM selaras dengan Mesyuarat Agung Tahunan International Council on Archives (ICA) 2007 telah menetapkan bahawa 9 Jun sebagai Hari Arkib Antarabangsa. Tarikh itu dipilih bagi memperingati tarikh penubuhan ICA di bawah naungan UNESCO pada tahun 1948.

Unit Arkib UiTM Cawangan Kedah telah mengambil bahagian dalam Pertandingan Poster Amalan Terbaik Pengurusan Rekod, Arkib dan Galeri Universiti sempena Sambutan Hari Arkib Antarabangsa Peringkat UiTM yang telah berlangsung pada 8 hingga 9 Jun 2023. Pihak Unit Arkib UiTM Cawangan Kedah telah membentangkan hasil ciptaan iaitu alat bantuan Stand Snapshot. Alat bantuan ini digunakan untuk proses kerja pendigitalan rekod penting universiti.

Melalui penganjuran program ini, wakil Unit Arkib UiTM Cawangan Kedah iaitu Puan Atirah Ruslan dan Puan Rozaini Yahaya telah berkesempatan untuk melihat pelbagai perkongsian amalan terbaik oleh rakan-rakan arkib di seluruh sistem UiTM.

Sesi perkongsian amalan terbaik oleh Puan Atirah Ruslan dan Puan Rozaini Yahaya.

Alat bantuan Stand Snapshot.

Disediakan oleh : Atirah Binti Ruslan, Pustakawan Kanan

Avatar photo
Hamidah Mohd Per. Sultan Badlishah Kedah

Leave a Reply