Program 4P@PTAR gamatkan suasana UiTM Kampus Tapah

15 Jun 2023 – Perpustakaan Tun Abdul Razak Cawangan Perak Kampus dengan kerjasama Jabatan Undang-Undang (JUU)  UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah telah menganjurkan sebuah program yang diberi nama “4P@PTAR”. Program ini telah berjaya dengan langsungnya bermula daripada 14 Jun (atas talian) sehingga 15 Jun 2023 bertempat di pentas Library Community Engagement, PTAR UiTM Tapah.

Program ini telah menghimpunkan 4 jabatan yang berbeza yang terdiri daripada Polis, Penjara, Peguam dan Pensyarah undang-undang. Tujuan koloborasi ini juga bertujuan untuk memberikan maklumat yang tepat dan ilmu yang bermanfaat disamping menguatkan juga jalinan mesra dan hubungan kerjasama diantara jabatan dan agensi yang terlibat.

Hampir 500 orang peserta yang terdiri daripada pelajar dan staf UiTM Kampus Tapah telah bersama sama hadir bagi memeriahkan program 4P@PTAR menerusi 4 slot yang diadakan, seperti ceramah “Jenayah Berat” oleh PDRM, ceramah “Pengenalan Jabatan Penjara Malaysia” dan demostrasi sebatan oleh Jabatan Penjara, webinar bertajuk “Kesalahan seksyen 23 Akta SPRM 2009”, dan simulasi perbicaraan tatatertib dan tindakan disiplin pelajar oleh para pensyarah JUU.

Program 4P@PTAR ini telah dirasmikan oleh Penolong Rektor UiTM Kampus Tapah, Dr Ahmad Zoolhelmi Alias Bersama dengan panel jemputan iaitu Puan Nurul Shaheera bt Mad Husin daripada IPD Tapah, Tuan Mohd Asri bin Ngah Baharudin daripada Jabatan Penjara Tapah, dan Puan Shahidah Muslimah bt Roslan daripada Tetuan Hidayah Muslimah & Co.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada Puan Nur Aida bt Rousli Pustakawan Kanan UiTM Tapah, selaku Pengarah Program dan Dr Farihana bt Abdul Razak, Pensyarah Kanan Jabatan Undang-Undang selaku Timbalan Program, serta kesemua ajk dan komiti yang terlibat dalam menjayakan program 4P@PTAR.

Diharapkan program sebegini mampu memberikan impak yang positif dalam diri setiap hadirin. Semoga program seperti ini dapat diteruskan lagi dengan imput yang lebih menarik lagi pada masa akan datang.

Avatar photo
Mohd Amirul Hafidz Bin Ahmad PTAR Tapah Perak

Leave a Reply