Program Kesedaran Berkesatuan Bersama Graduan

Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan (JHEKS) dengan kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Shah Alam telah menganjurkan program berikut: 

Program: Kesedaran Berkesatuan Bersama Graduan: Akta 262

Tarikh: 21 Jun 2023 (Rabu) 

Masa: 8:00 pagi – 12:30 tengah hari

Tempat: Bilik Seminar, PTAR UiTM Shah Alam  

Program ini telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja Malaysia YBrs. Encik Kamal bin Pardi. 

Menerusi ucapan sewaktu majlis perasmian penutup program, YBrs. Encik Kamal memaklumkan hanya 960 ribu rakyat Malaysia telah menjadi ahli kesatuan berbanding 10 juta rakyat Malaysia yang bekerja dan layak menjadi ahli kesatuan. 

Program yang bermatlamat menyebar luas kepentingan kesatuan sekerja dalam organisasi turut mengundang kehadiran tetamu kehormat berikut: 

  1. Encik Ahmad Faisal Mohamed Fiah – Presiden MITASA (Kesatuan Kakitangan Akademik UiTM) 
  2. Tuan Haji Zulkifli Mohamad Presiden KKUUiTM (Kesatuan Kakitangan Umum UiTM)

Sejumlah 89 orang pelajar telah hadir dalam program ini.

Pelajar ini terdiri daripada pelajar tahun akhir program berikut: 

  1. Sarjana Muda Seni Reka Fesyen (Kepujian)-CAAD246
  2. Sarjana Muda Sains (Kepujian) Tekstil dan Teknologi Fesyen-AS291
  3. Sarjana Muda Seni Halus (Kepujian)-AD228
  4. Sarjana Muda Pengajian Bahasa Gunaan (Kepujian)-LG241
  5. Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Media.
Avatar photo
PTAR Shah Alam

Leave a Reply