Blood Donation @ PTAR Kampus Rembau, Sempena Hari Derma Darah Sedunia

Rabu, 14 Jun 2023, sempena sambutan Hari Derma Darah Sedunia yang diadakan pada tarikh yang sama, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) bersama Program Siswa Sihat (PROSIS) dan Unit Kesihatan UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau dengan kerjasama Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) telah menganjurkan program derma darah – Blood Donation @ PTAR 2023. Program tersebut merupakan program sulung PTAR Kampus Rembau di bawah projek inisiatif Library Community Engagement, iaitu menganjurkan program dengan kerjasama pihak dalam dan luar UiTM.

Program derma darah ini berlangsung bermula 9.00 pagi sehingga 3.30 petang, bertempat di Sudut Library Community Engagement, Aras 1, PTAR Kampus Rembau. Jumlah penderma darah adalah hampir dengan sasaran pihak hospital iaitu sebanyak 100 beg.

Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung, khususnya kepada yang hadir menderma darah.

Disediakan oleh: Muhammad Shafiq Amirullah, Pustakawan PTAR Kampus Rembau

Avatar photo
Muhammad Shafiq Amirullah PTAR Rembau N. Sembilan

Leave a Reply