Sekitar PROGRAM Book2u@PTAKKB
9 Mei 2023 | Selasa – Warga PTAKKB telah mengadakan program Book2u bersama staf dan pelajar sempena Hari Organisasi Mahasiswa (HOMSIS). Tujuan asal program ini ialah bagi menggalakkan staf dan pelajar membaca dan meminjam buku di perpustakaan.
Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari warga kampus dan kepada sesiapa yang meminjam buku , kami memberi sedikit hadiah sebagai cenderahati. Pada program ini juga kami memberitahu mereka apa perkhidmatan yang kita sediakan untuk pelajar di sini.
Diharapkan agar program sebegini dapat diteruskan supaya menarik minat pelajar untuk membaca dan meminjam buku di perpustakaan kerana kami sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik dan kami sediakan buku-buku yang terbaik untuk rujukan pelajar di sini.