Green Nations PTA Mobile Library X Fesko-15

11 Mei 2023 (Khamis) – Perpustakaan Tengku Anis (PTA) UiTM Cawangan Kelantan (UiTMCK) telah mengadakan pameran di Ruang Legar Blok A sempena dengan Festival Kolej ke-15 UiTM Cawangan Kelantan Kampus Machang yang berlansung selama 5 hari bermula 9 Mei – 13 Mei 2023.

Objektif pameran ini adalah bertujuan untuk memperkenalkan koleksi bertemakan “Green Nations”, koleksi umum dan fiksyen yang terdapat di PTA kepada warga UiTM Cawangan Kelantan. Selain itu, pameran ini diadakan untuk mendekatkan hubungan antara pihak PTA di unit perkhidmatan dengan pengguna perpustakaan dan memperkenalkan aplikasi “Mobile Apps” kepada warga UiTMCK Kampus Machang. Tambahan pula, pameran ini juga untuk menyokong gerakan budaya membaca dalam kalangan warga UiTMCK sekaligus untuk meningkatkan statistik pinjaman Perpustakaan Tengku Anis.

Pameran ini terbuka kepada semua pelajar dan staf UiTM Cawangan Kelantan Kampus Machang. Selain daripada pameran, terdapat beberapa aktiviti lain iaitu peminjaman buku dan mempromosikan aplikasi “Mobile Apps” bagi warga UiTM yang belum memuat turun di dalam telefon mudah alih mereka.

Disediakan oleh: Sazlina Saleh, Pembantu Pustakawan PTA UiTM Cawangan Kelantan

Perpustakaan Tengku Anis UiTM Kelantan Kampus Machang

Leave a Reply