Online Database for College Writing

17 April 2023, Isnin – Fakulti Akademi Pengajian Bahasa, UiTM Cawangan Melaka dengan kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah telah menjalankan Program Online Database for College Writing, kolaborasi bersama pensyarah dan pelajar dari UiTM Kampus Dungun, Terengganu dan UiTM Shah Alam. Program dijalankan secara atas talian melalui platform Cisco Webex, bermula seawal 10.30 pagi hingga 12.30 tengah hari dan seramai 122 orang pelajar dan pensyarah UiTM telah terlibat dalam program tersebut.

Pada sesi kali ini, taklimat sepenuhnya disampaikan oleh Cik Hazlin Ibrahim Khan, Pustakawan Kanan, PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah dengan dibantu oleh Puan Nurhafizah Anis Muhamad Yew, Pensyarah Kanan, Fakulti Akademi Pengajian Bahasa, UiTM Cawangan Melaka selaku moderator.

Terima kasih di atas penganjuran dan penglibatan semua pensyarah dan pelajar. Semoga sesi kali ini memberi manfaat kepada semua dalam proses pencarian sumber penyelidikan, penulisan artikel seterusnya menerbitkan hasil kajian.

Cik Hazlin Ibrahim Khan sedang memberi taklimat kepada pensyarah dan pelajar

Gambar kenangan bersama peserta

Ditulis oleh : Cik Hazlin Ibrahim Khan, Pustakawan Kanan, PTAR Kampus Cawangan Melaka

Avatar photo
Hazlin Ibrahim Khan PTAR Alor Gajah Melaka

Leave a Reply