KOTA SAMARAHAN, 31 MAC 2023 – PTAR UiTM Cawangan Sarawak telah menganjurkan Program Speed Reading bertempat di Sudut IT, PTAR Kampus Samarahan dan telah disampaikan oleh Cik Dayang Azimah binti Abang Yusof, Pustakawan PTAR Kampus Samarahan.
Program yang diadakan selama 2 jam ini telah dihadiri oleh staf perpustakaan dan pelajar latihan industri.
Program ini dilaksanakan bagi memberi penerangan mengenai asas kemahiran dan beberapa teknik bacaan pantas. Penggunaan teknik bacaan yang betul dapat meningkatkan tahap pembacaan seseorang serta menjimatkan masa. Perkongsian mengenai asas kemahiran dan beberapa teknik bacaan pantas serta latihan telah dilaksanakan sepanjang program berlangsung.
Di samping mnyokong dan menyeru warga kampus dalam Kempen Galakan Membaca, ia juga seiring dengan sasaran Sustainable Development Goals (SDG) iaitu SDG ke-4 iaitu Pendidikan Berkualiti.
Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua.