WELCOME ON BOARD STUDENTS ! @ PKEJ

WELCOME ON BOARD STUDENTS ! @ PKEJ

Pada 20-21 Mac 2023 (Isnin-Selasa) bertempat di hadapan pintu masuk Perpustakaan Tun Abdul Razak Kejuruteraan telah diadakan 1 program yang dinamakan “Welcome on Board Student” Program ini merupakan program anjuran Bahagian Perkhidmatan Pelanggan, Perpustakaan Tun Abdul Razak Utama dan turut disertai perpustakaan Fakulti.

Antara aktiviti yang dijalankan antaranya adalah:

  1. Lawatan Berpandu Perpustakaan
  2. Konsultansi Rujukan dan Penyelidikan
  3. Kuiz Online
  4. Tempahan Kelas Kemahiran
  5. MobileApps installation
  6. Dan lain-lain

Melalui program Welcome On Board Students ! ini. Para petugas di perpustakaan dapat menyambut dan menyantuni kedatangan para pelajar baharu ke perpustakaan. Mereka juga dipandu supaya muat turun applikasi PTAR menggunakan Mobile Library. Dianggarkan sejumlah 200 pelajar baharu mula cuba menggunakan perkhidmatan di perpustakaan dan diharapkan dengan program sebegini, dapat mendekatkan lagi jiwa pelajar dengan suasana pembelajaran di perpustakaan.

Rizana Mohd Radwan PKEJ Shah Alam

Leave a Reply