Program Outreach: Kursus Pengurusan Dokumen & Surat Rasmi

2 Mac 2023, Khamis – Unit Arkib Cawangan, Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Melaka telah dijemput untuk menjadi penceramah bagi Program Outreach: Kursus Pengurusan Dokumen dan Surat Rasmi sempena Program Pemantapan Kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Melaka Sesi 2022/2023 pada ketetapan berikut:

Tarikh : 2 Mac 2023 | Khamis
Masa : 2.00 Petang
Tempat : Smart Classroom Aras 6, UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya

Taklimat ini telah disampaikan oleh panel penceramah Cik Ilya Nur Fateen binti Othman, Pustkawan PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah. Taklimat ini telah disertai oleh 19 orang pelajar Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Cawangan Melaka daripada ketiga -tiga Kampus Alor Gajah, Bandaraya dan Jasin. Taklimat ini telah dikendalikan secara bersemuka selama 3 jam dan telah dibantu oleh Pembantu Pustakawan Kanan Puan Suzaimy binti Senin dan Puan Rabia binti Abu Bakar.

Objektif penganjuran taklimat adalah untuk:

  1. Memperkenalkan Perkhidmatan Unit Arkib UiTM Cawangan Melaka
  2. Mempelajari cara menguruskan rekod dari penawanan sehingga pelupusan rekod
  3. Mempelajari cara penyediaan surat rasmi mengikut garis panduan yang dikeluarkan oleh Arkib Negara Malaysia dan UiTM.

Semoga taklimat ini dapat mempromosikan perkhidmatan Unit Arkib dalam menyokong usaha-usaha memberi kesedaran kepada semua Warga UiTM mengenai kepentingan Pengurusan Rekod Universiti yang mesti diketahui oleh semua warga UiTM terutama PTJ di bahagian pengurusan tertinggi UiTM Cawangan Melaka.

Pautan TikTok Sekitar Program Outreach: https://vt.tiktok.com/ZS8x8WbE6

Disediakan oleh: Ilya Nur Fateen binti Othman, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah

Avatar photo
Ilya Nur Fateen Othman PTAR Alor Gajah Melaka

Leave a Reply