Perpustakaan Cendekiawan, UiTM Cawangan Terengganu (UiTMCT), Kampus Dungun, meneruskan inisiatif Program SharingRizq@Library 2023 dengan mengadakan agihan makanan secara percuma kepada pengunjung perpustakaan.
Program SharingRizq@Library Bil. 2/2023 ini telah berjaya diadakan pada 6 Februari 2023, Isnin,dengan menyediakan sebanyak 80 pek makanan pelbagai menu iaitu spaghetti aglio olio, nasi lemak, nasi goreng, dan air kotak.
Sebagaimana program sebelum ini, menu utama telah disediakan oleh staf perpustakaan yang diketuai oleh En. Ahmad Fathi Azhari bin Mohd Azmi, Pembantu Pustakawan, dengan bersumberkan dana yang diperolehi melalui sumbangan tabung sedekah warga perpustakaan.
Program agihan makanan percuma yang diberikan kepada pelajar UiTMCT ini juga merupakan penghargaan warga perpustakaan kepada mereka yang berkunjung ke perpustakaan untuk mengulangkaji pelajaran. Keprihatinan seluruh warga perpustakaan dalam menyokong usaha ini amatlah dihargai, dan ia menunjukkan keprihatinan warga perpustakaan dalam membantu pelajar yang terkesan dengan kenaikan kos sara hidup semasa.
Semoga program ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.
Disediakan oleh: Abdul Hadi Idris, Pembantu Pustakawan Kanan