Anugerah Peminjam Buku Perpustakaan Terbanyak (Semester Okt 2022 – Feb 2023)

Bagi menggalakkan pengguna mengunjungi perpustakaan dan meminjam buku, Unit Perkhidmatan Perpustakaan, Perpustakaan Cendekiawan, UiTM Cawangan Terengganu (UiTMCT) Kampus Dungun, telah mengambil inisiatif mengadakan Anugerah Peminjam Buku Perpustakaan Terbanyak bagi tempoh Semester Oktober 2022 sehingga Februari 2023. Terbahagi kepada dua kategori iaitu Kategori Staf dan Pelajar, anugerah ini juga sebagai penghargaan kepada pengguna yang diharap dapat menjadi teladan kepada yang lain untuk membaca koleksi bercetak di perpustakaan, walaupun dengan lambakan bahan bacaan elektronik dan digital atas talian pada masa kini. Anugerah ini dijangka akan diadakan setiap semester. Pemenang akan dihubungi melalui telefon, dan hadiah boleh dituntut di kaunter utama perpustakaan.

Pemenang Anugerah Peminjam Buku Perpustakaan Terbanyak, Semester Oktober 2022-Februari 2023, telah dimenangi oleh:-

  • Kategori Staf:
    Puan Noor Emilina binti Mohd Nasir, Pensyarah Kanan, Fakulti Perakaunan.
  • Kategori Pelajar:
    Saudari Nur Ashyiqin binti Mohd Assahadu, Pelajar, Diploma Perakaunan.
Pemenang Kategori Staf.
Pemenang Kategori Pelajar.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemenang.

Disediakan oleh:  Abdul Hadi Idris, Pembantu Pustakawan Kanan

Avatar photo
Perpustakaan Cendekiawan Kampus Dungun UiTM Cawangan Terengganu

Leave a Reply