Majlis Perpisahan Pelajar Latihan Industri Perpustakaan Cendekiawan UiTMCT

Perpustakaan Cendekiawan, UiTM Cawangan Terengganu (UiTMCT), Kampus Dungun, telah mengadakan satu majlis bagi meraikan Saudari Khadijah binti Sulaiman, Pelajar Latihan Industri, pada 31 Januari 2023, Selasa, yang lalu. Beliau, yang merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Maklumat (Kepujian) Pengurusan Rekod dari Fakulti Pengurusan Maklumat UiTM, telah memulakan latihan industri di Perpustakaan Cendekiawan ini sejak 1 September 2022 yang lalu.

Pelbagai pendedahan telah diberikan terutamanya mengenai proses kerja di perpustakaan di sepanjang tempoh lima bulan menjalani latihan industri di Perpustakaan Cendekiawan, UiTMCT, Kampus Dungun. Selain itu, pelajar praktikal tersebut juga telah berpeluang untuk melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti perpustakaan.

Pembentangan Projek Pelajar Latihan Industri bertajuk Book Delivery Service: Electronic Record Keeping.

Saudari Khadijah juga telah membentangkan projek khas latihan industri bertajuk Book Delivery Service: Electronic Record Keeping, yang telah disampaikan kepada pengurusan perpustakaan, pada 19 Januari 2023 yang lalu.

Majlis meraikan Saudari Khadijah binti Sulaiman, Pelajar Praktikal UiTM.

Tahniah dan selamat maju jaya diucapkan kepada Saudari Khadijah binti Sulaiman yang berjaya menamatkan latihan industri dengan jayanya daripada Timbalan Ketua Pustakawan dan seluruh warga Perpustakaan Cendekiawan.

Disediakan oleh:  Abdul Hadi Idris, Pembantu Pustakawan Kanan

Perpustakaan Cendekiawan Kampus Dungun UiTM Cawangan Terengganu

Leave a Reply