INTERNATIONAL ALUMNI-COMMUNITY SERVICES AGRICULTURE (I-ACSA): GLOBAL AGRICULTURE AND COMMUNITY GROWTH

27 September 2025, Sabtu – Program International Alumni-Community Services Agriculture (I-ACSA) anjuran Fakulti Perladangan & Agroteknologi UiTM Melaka dengan kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin telah berjaya menghimpunkan alumni, komuniti, industri dan pelajar dalam usaha memperkasa pertanian mampan.

Bermula dengan lawatan ke Ladang Tebu Hj Samad, program diteruskan dengan pameran, perkongsian ilmu dan perasmian di Kompleks Hang Tuah Duyong. Turut hadir, YB Datuk Mohd Noor Helmy, ADUN Duyong merangkap alumni UiTM serta wakil industri dan komuniti setempat.

Program ini mengukuhkan jaringan kerjasama dan semangat keusahawanan dalam kalangan generasi muda serta komuniti.

Terima kasih atas sokongan semua. Alhamdulillah, program berjaya dan mendapat sambutan hangat.

Follow & Like Us:

PTAR UiTM Cawangan Melaka

https://linktr.ee/ptaruitmmelaka

Disediakan oleh: Abdul Azim bin Ab.Ghani, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin

Abdul Azim Ab. Ghani PTAR Jasin Melaka

Leave a Reply