Fun Task Stick Challenge 2023

20 Januari 2023, Jumaat- Jabatan Sains Gunaan UiTM Cawangan Pulau Pinang (UiTMCPP) dengan kerjasama PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang Kampus Permatang Pauh telah mengadakan Program Fun Task Stick yang melibatkan 100 orang pelajar Pra Diploma Sains dan Pra Diploma Sains STEM C Sastera. Program yang dijalankan berbentuk explorace ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman pelajar berkaitan topik-topik asas bagi subjek Fizik (PHY011, PHY083) dan Kimia (CHM011, CHM083) serta membina semangat kerjasama dalam kalangan pelajar.

Program dimulakan dengan pembahagian kumpulan, penerangan ringkas dan pelepasan kumpulan oleh Puan Suhaiza Hassan selaku pengarah program. Setiap kumpulan pelajar perlu melalui 5 β€˜checkpoint’ yang telah ditetapkan serta menyelesaikan tugasan yang diberikan termasuk membuat pinjaman buku kimia atau fizik di perpustakaan.

Di akhir program, upacara penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Profesor Madya Ir. Ts. Dr. Siti Noraini Sulaiman, Timbalan Rektor HEA diiringi oleh Dr. Mohd Muzafa Jumidali, Koordinator Jabatan Sains Gunaan dan Puan Hayati Moktaram, Timbalan Ketua Pustakawan PTAR UiTMCPP.

Disediakan oleh : Puan Rafidah Muhamad Sam, Pembantu Pustakawan Kanan

Avatar photo
PTAR Kampus Permatang Pauh

Leave a Reply