Lawatan Kerja Rasmi Ketua Pustakawan ke PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang

Pada 6 Januari 2023, PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang (UiTMCPP) telah menerima kunjungan lawatan kerja rasmi Yang Berusaha Encik Jamalludin Haji Sulaiman, Ketua Pustakawan UiTM. Kunjungan beliau ini telah diiringi oleh 2 orang Timbalan Ketua Pustakawan iaitu Dr. Hajah Adlina Abdullah dan Dr. Hajah Zalifah Awang Zakaria.

Lawatan dimulakan dengan sesi bergambar bersama semua warga PTAR UiTMCPP Kampus Permatang Pauh dan sesi menandatangani buku pelawat. Acara diteruskan dengan ucapan aluan oleh Puan Hayati Mokhtaram, Timbalan Ketua Pustakawan PTAR UiTMCPP berserta pembentangan pencapaian, aktiviti-aktiviti PTAR UiTMCPP sepanjang tahun 2022 juga perancangan bagi tahun 2023. Ketua Pustakawan turut dibawa melawat sekitar perpustakaan oleh Pustakawan Kanan, Encik Nurulizwan Amir.

Seterusnya, Ketua Pustakawan bersama pegawai pengiring dibawa melawat ke PTAR Kampus Bertam pada sebelah petang. Kunjungan tersebut telah disambut oleh Encik Amir Heberd Abdullah, Penolong Rektor Kampus Bertam bersama pegawai dan staf PTAR Kampus Bertam. Beliau juga berkesempatan melawat sekitar bangunan perpustakaan Kampus Bertam.

Sebelum mengakhiri sesi lawatan, Ketua Pustakawan menandatangani buku pelawat dan bergambar bersama staf PTAR Kampus Bertam. Semoga amanat dan informasi yang disampaikan oleh Ketua Pustakawan menjadi pemangkin kepada staf PTAR UiTMCPP untuk bekerja lebih efisien dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada pengguna perpustakaan khasnya dan kepada warga UiTM amnya.

Disediakan oleh : Rafidah Muhamad Sam, Pembantu Pustakawan Kanan

Avatar photo
PTAR Kampus Permatang Pauh

Leave a Reply