Pameran Journey of Profesor Dr. Abd Halim bin Mohd Noor Sempena Program
“UiTM Melaka Knowledge Sharing Session Series 1: Top Level Management
Leadership”

21 Disember 2022, Rabu – Unit Arkib, Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Melaka telah menjadi Ahli Jawatankuasa bagi pameran sempena program “UiTM Melaka Knowledge Sharing Session Series 1: Top Level Management Leadership”. Unit Arkib telah menjalankan pameran bertajuk “Journey of Professor Dr. Abd Halim Mohd Noor”. Pameran ini diketuai oleh Cik Ilya Nur Fateen binti Othman bersama 4 orang staf unit arkib iaitu Encik Jonizam bin Abu Kasim, Encik Kamalrulamir bin Amat, Puan Suzaimy binti Senin dan Encik Muhamad Asri bin Abu Hashim.

Prof. Dr. Abdul Halim bin Mohd Noor merupakan Mantan Rektor UiTM Cawangan Melaka ke-10 yang diberikan penghormatan untuk berkongsi input berupa idea, ilmu, strategi, semangat dan motivasi khususnya dalam proses pembinaan kerjaya. Pameran ini mengenai kisah Profesor Dr. Abd Halim Mohd Noor bermula dari zaman belajar, berkhidmat di ITM Dungun sehingga menjadi pensyarah dan Rektor di UiTM Cawangan Melaka.

Pameran ini dilihat amat signifikan dengan objektif utama untuk membudayakan ilmu, memantapkan pengetahuan dan pengurusan kepimpinan dalam kalangan staf UiTMCM. Selain itu, dapat mempromosikan perkhidmatan Unit Arkib dalam menyokong usaha-usaha memberi kesedaran kepada semua Warga UiTM mengenai kepentingan Pengurusan Rekod Universiti yang mesti diketahui oleh semua warga UiTM bagi melestarikan sejarah UiTM.

Pameran ini akan dijalankan secara maya pada Januari 2023, dan boleh diakses di laman sesawang Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Melaka pada 3 Januari 2023.

Pautan Pameran Maya: https://melaka.library.uitm.edu.my/pages/virtual-exhibition/672-journeydrhalim

Disediakan oleh: Ilya Nur Fateen binti Othman, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah

Avatar photo
Ilya Nur Fateen Othman PTAR Alor Gajah Melaka

Leave a Reply