Killer Diseases Exhibition and Blood Donation Campaign

Pada 22 Disember 2022, Persatuan Bulat Sabit Merah, Unit Kesihatan, UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya dengan kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya telah mengadakan Killer Diseases Exhibition and Blood Donation Campaign. Kempen Derma Darah dan pameran ini bertempat di PTAR Aras 1. Berikutan telah mencapai 100 beg darah yang diperlukan, pendaftaran program ini telah ditutup seawal pada jam 12.30 petang. Program ini pada awalnya dirancang bermula pada pukul 9.30 pagi sehingga 3.00 petang. Seramai 123 orang yang telah mendaftar untuk menderma darah pada kali ini sehingga jam 12.30 tengahari sebelum kaunter pendaftaran ditutup.

Di sepanjang program tersebut, terdapat beberapa aktiviti menarik seperti kuiz kesihatan dan pameran turut diadakan. Program ini juga turut mendapat sumbangan ‘burger Mc Donalds’ daripada syarikat McDonalds Berhad. Program ini bukan sahaja dibuka kepada warga UiTM malah dibuka kepada orang luar untuk memberi sokongan dalam menderma darah. Program ini merupakan salah satu program khidmat masyarakat antara pihak PTAR KBM, Persatuan Bulan Sabit Merah dan Unit Kesihatan UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya dengan kerjasama dari Unit Tabung Darah Hospital Melaka.

Avatar photo
Mohd Hilmi Mat Rosli

Leave a Reply