“CoffeeMorning@PKEJ”

Pada 15 November 2022 – Perpustakaan Tun Abdul Razak Kejuruteraan (PKEJ) telah mengadakan satu acara “Coffee Morning@PKEJ”di ruang legar PKEJ. Konsep mengadakan “Coffee Morning@PKEJ” ini umpama ‘bidan terjun’ kerana pada asalnya pihak Perpustakaan Kejuruteraan ingin menjalankan program BOOK2U@PKEJ. Program yang dirancang terpaksa diubah memandangkan didapati jumlah pelajar kurang dan terikat dengan arahan belajar dalam talian memandangkan Kolej Kejuruteraan sedang menjalani Audit Akreditasi, disamping ada yang telah pulang ke kampung bagi persediaan mengundi PRU-15 2022

Walau bagaimanapun, program “Morning Coffee@PKEJ” yang dianjurkan tetap berjalan meriah dengan pelbagai aktiviti menarik disediakan. Antaranya acara kuiz PKEJ, cabutan bertuah, pertandingan pinjaman buku terbanyak dan Library Tour. Jumlah pinjaman buku sepanjang program dijalankan adalah sebanyak 22 naskah dengan 10 orang peminjam.

Bersempena dengan tema ““Morning Coffee@PKEJ” pihak PKEJ telah menyediakan juadah sarapan nasi lemak daun pisang dan secawan Coffee O bagi tiap peserta yang berkelapangan menyertai program ini. Staf PKEJ turut bersama-sama meraikan peserta dan pelajar yang terlibat disamping beramah mesra menyampaikan maklumat dan promosi bagi perkhidmatan PKEJ.

Maklumbalas yang diterima, kebanyakan peserta sudah semakin mesra untuk mendekati dan mengimarahkan Perpustakaan sebagai Gedung Ilmu dan selesa menggunakan perkhidmatan Digital Library yang disediakan oleh Perpustakaan Tun Abdul Razak.

Rizana Mohd Radwan PKEJ Shah Alam

Leave a Reply