Sesi Konsultasi Kelulusan Pelupusan Rekod Kewangan Pejabat Bendahari, UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya

22 November 2022, Selasa – Unit Arkib UiTM Cawangan Melaka telah menjalankan sesi konsultasi pelupusan rekod kewangan & perakaunan bersama Pejabat Bendahari UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya. Sesi ini dijalankan secara terus atau bersemuka yang telah disampaikan oleh Cik Ilya Nur Fateen Othman, Pustakawan, Unit Arkib PTAR UiTM Cawangan Melaka bersama Pegawai Rekod Jabatan (PRJ), Puan Rozita binti Minhad, Penolong Akauntan, Pejabat Bendahari, UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya. Fokus utama sesi ini adalah bagi membantu pihak pejabat bendahari dalam menjalankan proses pelupusan rekod kewangan & perakauanan yang telah mendapat kelulusan daripada 3 agensi iaitu Arkib Negara Malaysia Negeri Melaka, Jabatan Audit Negara Negeri Melaka dan Jabatan Akauntan Negara Negeri Melaka. Tempoh pelupusan yang diberi adalah 3 bulan dari tarikh kelulusan yang telah diberikan oleh pihak Arkib Negara Malaysia Negeri Melaka.

Pengisian Sesi Konsutasi Pelupusan Rekod Kewangan & Perakaunan adalah seperti berikut:

  • Jenis Rekod Kewangan Kumpulan 1 & Kumpulan 2
  • Pengisian Borang Penentusahan Pemusnahan Rekod Kewangan & Perakauanan (Borang Kewangan Arkib 13/08)
  • Kaedah Pemusnahan Rekod (Rincih atau Kitar Semula (Dijual)
  • Lampiran Bergambar (Sebelum, Semasa & Selepas Pemusnahan Rekod)

Disediakan oleh: Ilya Nur Fateen binti Othman, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah

Avatar photo
Ilya Nur Fateen Othman PTAR Alor Gajah Melaka

Leave a Reply