Program e-Sport@Library UiTM Cawangan Terengganu

Seiring dengan perkembangan teknologi dalam dunia sukan, sukan elektronik atau e-sport mula mengambil tempat di hari peminat sukan Malaysia. Ianya turut menular di kalangan warga UiTM Cawangan Terenggganu. Mengambilkira minat tersebut, Perpustakaan Cendekiawan UiTM Terenggganu buat julung kalinya telah menganjurkan program e-Sport@Library pada 9 November 2022, Rabu, yang lalu.

Pendaftaran.
Suasana semasa pertandingan dijalankan.

Dalam penganjuran e-Sport@Library ini, hanya acara PES 2021 yang dipertandingkan dan ianya melibatkan penyertaan daripada 16 orang staf UiTM Cawangan Terenggganu yang mewakili ketiga-tiga kampus iaitu daripada Kampus Dungun, Kuala Terengganu dan Bukit Besi. Juri jemputan daripada luar UiTM telah dijemput bagi mengadili pertandingan ini.

Antara objektif penganjuran program ini adalah bagi mempelbagaikan fungsi perpustakaan dalam menyebarkan pengetahuan kepada komuniti warga kampus, serta memberi pendedahan dan kemahiran kepada staf UiTMCT dalam permainan berteknologi. Di samping mengeratkan silaturahim, program seperti ini juga bertujuan untuk menggalakkan kreativiti antara mereka yang terlibat.

Bergambar kenangan bersama pemenang e-Sport@Library 2022.

Program ini telah berlangsung bermula jam 9.00 pagi, dan berakhir pada 1.00 tengahari, bertempat di ruang bacaan majalah Perpustakaan Cendekiawan Kampus Dungun. Pertandingan e-Sport@Library 2022 ini dijuarai oleh Encik Mohd Nazrul bin Sidek (Ketua Unit Kepimpinan Pelajar),  setelah berjaya menumpaskan Encik Ahmad Sobry bin Hamzah (Penolong Jurutera) pada sesi perlawanan akhir. Hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh Encik Shahrol Nizam bin Johol,Timbalan Ketua Pustakawan, UiTM Cawangan Terengganu.

Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Disediakan oleh: Abdul Hadi Idris, Pembantu Pustakawan Kanan

Perpustakaan Cendekiawan Kampus Dungun UiTM Cawangan Terengganu

Leave a Reply