Taklimat Pengurusan Rekod Bersama Pegawai Rekod Jabatan (PRJ) & Pembantu Tadbir Rekod Jabatan (PTRJ) PTAR UiTM Cawangan Melaka

3 November 2022, Khamis – Unit Arkib Cawangan, Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Melaka telah menganjurkan Taklimat Pengurusan Rekod Bersama Pegawai Rekod Jabatan (PRJ) dan Pembantu Tadbir Rekod Jabatan (PTRJ) PTAR UiTM Cawangan Melaka yang telah dilantik oleh Arkib Negara Malaysia Negeri Melaka.

Taklimat ini telah disampaikan oleh panel penceramah Cik Ilya Nur Fateen binti Othman, Pustkawan PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah. Taklimat ini telah disertai oleh 13 orang peserta yang telah dilantik menjadi PRJ & PTRJ daripada ketiga -tiga Kampus Alor Gajah, Bandaraya dan Jasin. Taklimat ini telah dikendalikan secara bersemuka di Unit Arkib UiTM Cawangan Melaka. Taklimat in merangkumi 3 modul iaitu:

  1. Pengenalan Unit Arkib
  2. Pengurusan Rekod & Fail
  3. Pelantikan Pengurus Rekod (Peranan & Tanggungjawab)

Objektif penganjuran taklimat adalah untuk:

  1. Mengetahui asas pengurusan fail dan rekod secara teori.
  2. Memberi kefahaman dalam tugas-tugas mengendalikan fail dan rekod.
  3. Memberi kefahaman tentang keperluan pengendalian rekod sepertimana yang diperuntukkan di dalam Akta Arkib Negara 2003 [Akta 629].
  4. Menambah kefahaman tentang peruntukan perundangan lain yang berkaitan dengan pengurusan fail dan rekod.
  5. Melaksanakan urusan sistem fail dengan sistematik mengikut piawaian dan prosedur pengurusan rekod yang ditetapkan oleh Arkib Negara Malaysia.
  6. Mengaplikasi proses pengurusan rekod dengan betul mengikut standard dan panduan yang dikeluarkan oleh Arkib Negara Malaysia.

Disediakan oleh: Ilya Nur Fateen binti Othman, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah

Avatar photo
Ilya Nur Fateen Othman PTAR Alor Gajah Melaka

Leave a Reply