JEMPUTAN KE PESTA BUKU MELAKA 2022

MELAKA: Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Melaka, Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM) dan RABAK-LIT menganjurkan Pesta Buku Melaka 2022 bermula dari 28 September – 2 Oktober 2022

Sekian lama setelah Pesta Buku Melaka ditangguhkan selama dua tahun akibat Covid-19 penganjuran kali ini memberi telah memberi peluang kepada para peminat buku untuk datang ke Melaka dan mendapatkan bahan bacaan daripada 32 penerbit buku yang mengambil bahagian.  Program sebegini melalui pelbagai pelbagai saluran media,dijangka ia akan menarik lebih ramai pencinta dan peminat buku.

Selaras dengan hasrat kerajaan melalui Dekad Membaca Kebangsaan yang mensasarkan Malaysia sebagai sebuah negara membaca menjelang 2030. Pesta Buku ini menjadi tempat pertemuan pencinta buku dengan pemain industri, tetapi turut dilihat berperanan besar memupuk semangat membaca di kalangan pelbagai lapisan masyarakat.

Pesta buku terus relevan dalam kalangan masyarakat dengan mengambil kira kewujudannya di Malaysia sejak 1976 lagi. Walaupun berlaku pelbagai revolusi penulisan dan pengeluaran buku serta ancaman daripada bahan bacaan digital, pesta buku diharapkan akan terus mendapat sambutan yang baik di kalangan masyarakat.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang enam hari adalah pertandingan nasyid, nazam, bercerita, choral speaking serta sesi bersama artis, pelukis, penulis, pemuisi dan ramai lagi.

Datuk Seri Utama Haji Sulaiman bin Md Ali memberi ucapan perasmian.

Gambar di sekitar Pesta Buku Melaka.

Penulis bersama Puan Maznah Maarof wakil (PTAR KAG) dan En. Ahmad Nazri Jaafar (PTAR KJM) bergambar kenangan bersama Prof Emeritus Tan Sri Dato’ Ibrahim Shah Abu Shah

Disediakan oleh: Siti Haidah Md Aziz, Pustakawan Kanan PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya Melaka.

Avatar photo
Mohd Hilmi Mat Rosli

Leave a Reply