Pada 20 September 2022, satu gotong-royong keceriaan telah dijalankan di PTAR UiTM Kampus Permatang Pauh. Gotong-royong yang disertai oleh staf perpustakaan ini diadakan untuk menyusun atur semula rak majalah dan perabot di aras 1 PTAR UiTM Kampus Permatang Pauh.
Selain daripada memastikan ruang sedia ada lebih menarik dan teratur, gotong-royong ini juga diharapkan dapat memastikan penggunaan perabot dan ruang dapat digunapakai secara optimum untuk memastikan keselesaan pengguna perpustakaan.


Disediakan oleh : Puan Rafidah Muhamad Sam, Pembantu Pustakawan Kanan