Program Malaysia #QuranHour2022 yang berlangsung serentak di seluruh Malaysia pada 2 Safar 1444H bersamaan 30 Ogos 2022 bermula jam 12:00 hingga 1:00 tengah hari. Bertemakan “Malaysia Bersujud” sempena Hari Kebangsaan Malaysia ke-65 yang memberi fokus kepada Surah Al-Sajdah yang mengandungi formula istimewa dalam membentuk Keluarga Malaysia yang Teguh Bersama melalui sujud & infak.
Bagi menyokong kempen Malaysia #QuranHour2022 ini, semua staf PTA telah bersama-sama meluangkan masa membaca dan mentadabbur Surah al-Sajdah selama satu jam. Semoga ia mampu menjadi pemupuk pembudayaan Al-Quran dalam kehidupan daripada segi pembacaan, penghayatan dan amalan warga PTA.




Disediakan oleh: Sazlina Saleh, Pembantu Pustakawan PTA UiTM Cawangan Kelantan