Kempen Derma Darah PTAR

Setitik darah yang didermakan mampu menyelamatkan nyawa insan yang memerlukan. Justeru, Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA), PTAR dengan kerjasama Pusat Darah Negara telah menganjurkan kempen derma darah terbuka kepada warga UiTM Shah Alam pada 26 Julai 2022, Selasa bertempat di PTAR Excellence aras 2, PTAR 1.

Kempen bermula pada jam 9:00 pagi ini telah mendapat sambutan yang hangat apabila sejumlah 111 orang telah mendaftar sebagai penderma darah.

Penganjuran kempen derma darah ini bermatlamat meningkatkan bekalan darah negara selain membudayakan cara hidup sihat dikalangan warga UiTM Shah Alam.

Sebelum majlis berakhir pada jam 4:30 petang, Puan Hani Liza Norfin, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan, PTAR telah menyampaikan cenderamata penghargaan kepada wakil Pusat Darah Negara.

Avatar photo
Asmah binti Sabtu PTAR 1 Shah Alam

Leave a Reply