Lawatan Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk)

Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Perak menerima lawatan daripada 4 orang wakil Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) pada 10 Ogos 2022 (Rabu) jam 10.00 pagi. Lawatan bagi tujuan untuk mewujudkan perpustakaan penyelidikan di MAIPk. Perbincangan dijalankan untuk mendapatkan konsep perpustakaan dan maklumat pengurusan. PTAR UiTM Kampus Seri Iskandar menjadi pilihan MAIPk untuk dijadikan sebagai penanda aras bagi mewujudkan perpustakaan di MAIPk sendiri.

Lawatan yang dikendalikan oleh Puan Nur Aqilah, Pustakawan Kanan dan Puan Nur Dayana, Pustakawan ini dihadiri oleh wakil dari Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) seperti berikut:

  1. Encik Muhammad Naquib bin Mohamad Tarmizi, Pengurus – Unit Perhubungan Korporat
  2. Encik Mohd Sharizal bin Mat Sah, Penolong Pengurus – Unit Pengurusan Projek (Ketua Unit)
  3. Encik Samsulrizal bin Yahya, Penolong Pengurus – Unit Pengurusan Projek
  4. Encik Hamizul bin Othman, Pembantu Tadbir – Unit Perhubungan Korporat

Disediakan oleh: Muhamad Azim bin A’nsori, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar

Avatar photo
Muhamad Azim 'Ansori PTAR Seri Iskandar Perak

Leave a Reply