Pada 26 April 2022 bersamaan 24 Ramadan 1443H, Program World #QuranHour “Dunia Berbudi & Penyayang” telah dijalankan terbuka kepada seluruh warga UiTM Cawangan Pahang. Program World #QuranHour ini merupakan program yang dianjurkan secara serentak di seluruh Malaysia bermatlamatkan surah al-Sajdah sebagai panduan untuk penyatuan ummah melalui ekonomi dalam mencapai matlamat “Dunia Berbudi & Penyayang”.
Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Islam (UHEI) telah menganjurkan program World #QuranHour ini secara fizikal bertempat di ruang bacaan PAB 1 pada pukul 12:00 tengah hari sehingga 1:00 petang. Seramai 78 peserta telah menyertai program ini yang terdiri daripada pelajar dan staf UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka dan Kampus Raub.
Program kolaborasi seiring Sustainable Development Goal (SDG) 17: Partnership for the Goals ini dijalankan dengan adanya sesi tadarus surah al-Sajdah dan perkongsian tadabbur tentang surah al-Sajdah yang telah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Faridzul Amri Bin Fadzil (Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Kanan, Unit Hal Ehwal Islam, UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka).
Semoga program ini dapat menambah pengetahuan kerohanian sekali gus membentuk cara dan gaya fikir yang selari dengan al-Quran dan hadis. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.
isediakan oleh : Noor Azliza Binti Aziz, Pembantu Pustakawan