Gotong-royong Pelupusan Perabot di PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang

Pada 24 Jun 2022, PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang (UiTMCPP), Kampus Permatang Pauh telah melaksanakan gotong-royong memindahkan perabot-perabot yang rosak untuk tujuan pelupusan. Gotong-royong yang melibatkan staf-staf Unit Perkhidmatan Perpustakaan dengan bantuan staf unit yang lain ini turut dipantau oleh wakil daripada Bahagian Bendahari UiTMCPP.

Antara perabot yang dilupuskan ialah meja karel, kerusi, sebuah televisyen dan sebuah mesin pencetak. Semua barang yang dikumpulkan telah dibawa ke tapak pelupusan dengan bantuan Unit Kenderaan UiTMCPP untuk tindakan selanjutnya. Gotong-royong seumpama ini diadakan untuk memastikan kemudahan yang disediakan di perpustakaan berada di dalam keadaan yang baik, kondusif, selesa dan selamat kepada pengguna.

Disediakan oleh : Puan Rafidah binti Muhamad Sam, Pembantu Pustakawan Kanan

Avatar photo
PTAR Kampus Permatang Pauh

Leave a Reply