Konsultasi Pelupusan Rekod/Fail Jabatan dengan Bahagian Pentadbiran

Pada 27 Jun 2022, Unit Arkib UiTM Cawangan Pulau Pinang telah mengadakan Konsultasi Pelupusan Rekod/Fail Jabatan dengan Bahagian Pentadbiran. Ianya bertujuan untuk memberi pendedahan berkenaan prosedur dan cara kerja pelupusan rekod di samping memaklumkan berkenaan kepentingan pelupusan rekod kepada Pegawai Rekod Jabatan (PRJ) serta Pembantu Tadbir Rekod Jabatan (PTRJ).

Konsultasi ini dihadiri oleh Puan Farleen Azrina Zamberi selaku pegawai di Unit Arkib UiTM Cawangan Pulau Pinang, Puan Zuriada Basir dan Encik Muhammad Bukharie Hamzah manakala Puan Nor Shawani Mohd Sorib selaku PTRJ dari Bahagian Pentadbiran. Sesi konsultasi ini turut disertai oleh pelajar praktikal PTAR UiTMCPP Kampus Permatang Pauh iaitu Cik Ainin Sofiya Ibarahim.

Sepanjang sesi konsultasi berjalan, Puan Nor Shawani banyak mengajukan soalan-soalan berkaitan prosedur yang perlu dilakukan di pihak PTRJ selain mendengar penerangan ringkas yang disampaikan oleh Cik Ainin Sofiya Ibarahim.

Di akhir sesi konsultasi, pihak Unit Arkib berharap agar maklumat serta tunjuk ajar yang diberikan dapat membantu proses pelupusan rekod dan fail dijalankan dengan lebih cekap.

Disediakan oleh : Puan Rafidah binti Muhamad Sam, Pembantu Pustakawan Kanan

Avatar photo
PTAR Kampus Permatang Pauh

Leave a Reply