Pameran Maya: Majlis Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin telah menjalankan pameran maya bertajuk “Majlis Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi MARA (UiTM)”. Pameran ini diadakan sempena Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-93 yang telah bermula pada 14 Jun hingga 6 Julai 2022.

Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-93, melibatkan graduan yang telah TAMAT pengajian pada Sesi 1 2019/2020 (Peperiksaan akhir Disember 2019 / Januari 2020). Seramai 27, 287 orang graduan akan dianugerahi ijazah dan diploma masing-masing.

Objektif pameran ini diadakan bagi memberi pendedahan dan pengetahuan kepada semua warga UiTM dan rakyat Malaysia maklumat berkaitan Majlis Istiadat Konvokesyen UiTM. Selain itu, secara tidak langsung pameran ini dapat menerapkan dan menggalakkan budaya membaca dikalangan warga UiTM.

Pameran ini juga dijalankan secara fizikal di Aras 1, PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin. Semua warga kampus Jasin yang berada di dalam kampus dialu-alukan untuk melihat pameran fizikal Majlis Istiadat Konvokesyen dengan melihat buku-buku konvokesyen dan album-album konvokesyen UiTM Cawangan Melaka.

Buku-buku dan album -album konvokesyen ini boleh di dapati di Unit Arkib UiTM Cawangan Melaka. Sebarang pertanyaan untuk rujukan atau pinjaman boleh hubungi dengan pihak Unit Arkib UiTM Cawangan Melaka di talian 06-5582089.

Selamat bergraduasi kepada semua mahasiswa dan mahasiswi yang menyertai Majlis Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-93. Diharapkan kejayaan ini akan menjadi pencetus semangat kepada usaha-usaha mahasiswa-mahasiswi untuk konsisten ke arah mencapai kejayaan akan datang.

Pautan Pameran Mayahttps://melaka.library.uitm.edu.my/virtual-exhibition/553-istiadatkonvo

Disediakan oleh: Ilya Nur Fateen binti Othman, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin

Avatar photo
Ilya Nur Fateen Othman PTAR Alor Gajah Melaka

Leave a Reply