Program Mobile Library: Book2U@PUU

Perpustakaan Undang-Undang (PUU) telah mengadakan Program Mobile Library Book2U@PUU bertempat di Foyer Pejabat Dekan Fakulti Undang-Undang pada 18 Mei 2022 yang lepas. Program ini bertujuan menyokong program Read@UiTM dalam memupuk budaya membaca di kalangan warga fakulti di samping memperkenalkan bahan-bahan yang relevan kepada pelajar, pensyarah dan pentadbir.

Antara perkhidmatan yang diberikan semasa program ini adalah Penghantaran Buku, Pinjaman Buku, Pemulangan Buku dan Semakan Maklumat Am Perpustakaan.

Pelbagai bahan bacaan terkini dipamerkan seperti bahan bacaan silibus dan bahan bacaan santai mengikut kesesuaian minat pengunjung. Seramai 20 orang pengunjung yang hadir ke program ini yang berlangsung selama 2 jam dikendalikan oleh 3 orang staf PTAR Undang-Undang iaitu Cik Zayani dan Cik Anis Fadilah dan dibantu oleh Pegawai Perhubungan Perpustakaan, Puan Nur Azian.

Sepanjang tempoh tersebut sebanyak 10 buah buku telah dipinjam dan peminjam diberikan cenderahati sebagai ucapan terima kasih kerana menyokong program yang dijalankan ini.

Program ini adalah kerjasama antara Fakulti Undang-Undang, UiTM Shah Alam dan Perpustakaan Tun Abdul Razak Undang-Undang semoga kerjasama yang baik ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

Nur Azian Azis PUU Shah Alam

Leave a Reply