Program Mobile Library : Book2U@PST di Fakulti Sains Komputer & Matematik

Program ini merupakan salah satu program Read@UiTM berperanan untuk memupuk budaya membaca di kalangan pelajar, pensyarah dan pentadbir. Antara inisiatif yang dijalankan adalah Penghantaran Buku, Pinjaman Buku, Pemulangan Buku dan Semakan Maklumat Am Perpustakaan.

Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Sains & Teknologi telah mengadakan Program Mobile Library : Book2U@PST pada 18 Mei 2022 (Rabu) jam 10 pagi hingga 12 tengah hari bertempat di Laman Najib, Fakulti Sains Komputer & Matematik (FSKM).

Program ini merupakan kerjasama di antara PTAR Sains & Teknologi dan Fakulti Sains Komputer & Matematik UiTM Shah Alam. Pelbagai kategori buku baharu dan terkini disediakan termasuk buku popular (‘bestseller’) dan buku berbentuk ilmiah. Perkhidmatan lain seperti permohonan ‘Book Delivery Service’ juga dilaksanakan. Pelbagai hadiah menarik disediakan bagi peminjaman buku terbanyak.

Seramai lebih 40 pengunjung yang hadir ke program ini termasuk Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar (HEP), Encik Mohd Nazrul Mohd Amin. Turut serta adalah Pegawai Perhubungan Fakulti iaitu Puan Noorhayati Mohamed Noor. Sebanyak 24 judul buku telah dipinjam oleh pelajar dan pensyarah sepanjang program berlangsung. Program ini berlangsung selama 2 jam dikendalikan oleh 3 orang staf PTAR Sains & Teknologi iaitu Puan Rozita Sharudin, Puan Nurul Adila Jusoh dan dibantu oleh Pegawai Perhubungan Perpustakaan, Puan Nor Hafizah Md Hanafiah.

Sambutan dan maklumbalas yang diterima sangat baik oleh warga Fakulti Sains Komputer & Matematik (FSKM), UiTM Shah Alam. Diharapkan program ini akan dapat diteruskan lagi di masa akan datang.

Penulis : Nor Hafizah Md Hanafiah (Pustakawan Kanan), PTAR Sains & Teknologi

Avatar photo
Nor Hafizah Md Hanafiah PST Shah Alam
Senior Librarian PTAR 1, UiTM Shah Alam

Leave a Reply