Program Baca Bersama Untuk 10 minit (11.00 pagi-11.10 pagi ) telah diadakan pada 21hb April 2022 (Khamis) bertempat di Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Sabah. Objektif utama program ini adalah sebagai langkah pertama ke arah menjenama inisiatif membaca dengan tujuan menjadikan satu budaya membaca di kalangan para pelajar dan komuniti setempat.
Pembacaan bahan bacaan dan ilmiah serentak dilaksanakan seluruh rakyat Malaysia bermula jam 11.00 pagi hingga 11.10 pagi, 10 minit sahaja berjaya membudayakan amalan membaca di pelbagai peringkat usia dan golongan bangsa.
Adalah diharapkan program dan amalan murni ‘Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit’ dapat diteruskan dan menjadi penanda aras masyarakat proaktif dan berilmu. Mari BANGKIT BACA SYUKUR.
Editor : Sharmila Binti Tawakkal, Pembantu Pustakawan Kanan, PTAR Sabah