Bersempena dengan Ramadhan bagi tahun 1443H, beberapa aktiviti telah dirangka untuk menghidupkan lagi sinar Ramadhan Al-Mubarak pada tahun ini di UiTM Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang. Oleh yang demikian, Unit Hal Ehwal Islam dengan kerjasama Perpustakaan Tun Dr. Ismail akan mengadakan Kuiz Ihya’ Ramadhan.
Ini adalah salah satu alternatif dan platform pembelajaran yang digunakan untuk memastikan penglibatan semua warga UiTM Kampus Pasir Gudang dan pelajar sekolah supaya aktif dalam setiap program yang dianjurkan menerusi pertandingan atas talian ini.
Kuiz ini terbuka kepada semua warga UiTM Pasir Gudang, Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah di negeri Johor sahaja. Setiap penyertaan akan mendapat e-sijil dan hadiah misteri menanti para pemenang. Tarikh pertandingan adalah dari 7 APRIL – 21 APRIL 2022
Sila klik pautan yang diberikan untuk mendapatkan maklumat pertandingan ini: https://bit.ly/KuizPameranMayaIhyaRamadhan
Bagi memudahkan peserta mencari jawapan kepada kuiz ini, sila klik pautan yang diberikan: https://bit.ly/PameranMayaIhyaRamadan
Terima Kasih
Penulis: Nor Azelea Mohd Azahar, Pustakawan Kanan & Siti Fatihah Mohd Fuzi, Pemb. Pustakawan