Read@UiTM : Bicara Buku: Kejayaan Dari Dalam

Pada 28 Mac 2022 (Isnin), Perpustakaan Cendekiawan UiTMCT Kampus Kuala Terengganu telah menganjurkan program Bicara Buku yang bertajuk Kejayaan Dari Dalam. Program ini dikendalikan oleh Puan Salwa Munira Binti Haron@Yong, Pembantu Pustakawan selaku moderator. Bicara buku ini disampaikan oleh Puan Raja Hasnah Binti Raja Mat, Pegawai Psikologi Kanan UiTMCT Kampus Kuala Terengganu. Program Bicara Buku yang berlangsung secara fizikal ini mengenai ulasan buku yang bertajuk “Kejayaan Dari Dalam” oleh Ainon Mohd.

Gambar semasa program berlangsung

Objektif program ini adalah untuk memupuk semangat membaca di kalangan warga UiTM dan menyokong inisiatif serta visi dan misi di bawah program Read@UiTM. Ia juga dapat mengeratkan ukhwah dan jaringan yang terjalin antara warga UiTM agar sentiasa berterusan dalam melaksanakan pelbagai program yang berimpak tinggi pada masa hadapan.

Program Bicara Buku yang berlangsung selama sejam mendapat maklumbalas yang baik dari peserta terutamanya staf UiTM yang menyertai sehingga selesai program. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua warga UiTM untuk membaca dan menambah ilmu pengetahuan. Program ini juga dapat menyokong kepada sasaran Sustainable Development Goals (SDG) iaitu SDG ke-4 iaitu Pendidikan Berkualiti. Penonton boleh menonton semula rakaman program tersebut menerusi saluran YouTube PERPUSTAKAAN CENDEKIAWAN UiTMCTKKT.

Semoga perkongsian yang dilaksanakan dapat memberi manfaat kepada semua pihak dan memupuk semangat membaca di kalangan warga UiTM.

Disediakan oleh: Cik Nurmaisari Che Anuar, Pustakawan UiTMCT Kampus Kuala Terengganu

Avatar photo
Nurmaisari Che Anuar Per. Cendekiawan K. Terengganu

Leave a Reply