Lawatan Pemeriksa Luar ke PTAR UiTMCPP

Prof. Madya Ir. Dr. Mohd Khairil bin Rahmat menandatangani buku pelawat PTAR UiTMCPP

Pada 17 Mac 2022, PTAR UiTMCPP telah menerima kunjungan daripada Prof. Madya Ir. Dr. Mohd Khairil bin Rahmat selaku panel pemeriksa luar bagi tujuan pengiktirafan Program Bachelor of Engineering (Hons) Electrical and Electronic Engineering (EE200).

Taklimat ringkas berkenaan kemudahan dan perkhidmatan PTAR UiTMCPP dalam memenuhi keperluan pelajar bagi program tersebut secara khususnya telah disampaikan oleh Encik Nurulizwan Amir, Pustakawan Kanan PTAR UiTMCPP. Prof. Madya Ir. Dr. Mohd Khairil bin Rahmat juga telah dibawa melawat kemudahan yang terdapat di perpustakaan antaranya Pusat IT, ruangan bacaan, bilik-bilik diskusi serta koleksi bahan bacaan yang terdiri daripada buku-buku rujukan, buku teks dan bahan bacaan umum.

Semoga taklimat dan lawatan berpandu yang telah disampaikan kepada beliau dapat memenuhi objektif lawatan yang telah dijadualkan.

Encik Nurulizwan sedang memberi penerangan berkenaan kemudahan perpustakaan kepada panel pemeriksa luar

Testing 123

Wakil dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik turut sama mengiringi panel pemeriksa luar ke PTAR

Disediakan oleh : Puan Rafidah binti Muhamad Sam, Pembantu Pustakawan Kanan

Avatar photo
PTAR Kampus Permatang Pauh

Leave a Reply