Reformasi Pentadbiran Institusi Islam dan Peranan Raja-Raja

Sinergi antara Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) dan Kursi Institusi Raja-Raja Melayu UiTM Shah Alam diperhebatkan dengan penganjuran webinar berjudul Reformasi Pentadbiran Institusi Islam dan Peranan Raja-Raja, pada 25 Mac 2022 jam 10:00 pagi.

Webinar yang telah berlangsung selama dua jam ini mengundang Profesor Datuk Dr. Shamrahayu Ab. Aziz membincangkan perkara 11 Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa Islam merupakan Agama Persekutuan. Sungguh pun begitu agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.

Tiga perkara utama yang ditekankan iaitu pertama, Islam adalah agama bagi persekutuan dan persekutuan ada tanggungjawab untuk melaksanakan agama bagi persekutuan tersebut; kedua, kedudukan agama Islam sebagai agama persekutuan tidak menafikan kebebasan rakan-rakan yang tidak menganut agama Islam untuk mengamalkan agama mereka tetapi hendaklah menggunakan formula aman dan damai: ketiga, urusan Islam ini boleh dilakukan atau dipanjangkan keseluruhan persekutuan, walaupun ianya berada di bawah payungan naungan duli-duli tuanku raja-raja, ianya boleh dipanjangkan di peringkat persekutuan melalui Yang Dipertuan Agong dan mendapat perkenan majlis raja-raja.

Sejumlah 708 orang penonton telah mengikuti program yang bersiaran secara langsung menerusi dua platform iaitu Facebook dan YouTube. Capaian kepada program ini boleh dilayari menerusi URL YouTube https://www.youtube.com/watch?v=k2X89SfeJ9s dan URL Facebook https://www.facebook.com/uitm.kirrm/videos/517033386449479

Profesor Datuk Dr. Shamrahayu Ab. Aziz
Webinar PTAR dan Kursi Institusi Raja-Raja Melayu, UiTM Shah Alam berjudul Reformasi Pentadbiran Institusi Islam dan Peranan Raja-Raja.
Avatar photo
Asmah binti Sabtu PTAR 1 Shah Alam

Leave a Reply