Bengkel ‘Mock Teaching’

Proses pembelajaran bertambah menarik apabila pengajar mempunyai teknik penyampaian yang baik. Teknik penyampaian yang baik termasuklah lontaran suara, hubungan mata, hubungan pengajar-pelajar dan bahasa badan yang betul. Lantaran itu, Bahagian Penyelidikan, Pembelajaran dan Rujukan (BPPR) PTAR dengan kerjasama Institut Kepimpinan dan Pembangunan UiTM (ILD, UiTM) serta Fakulti Pendidikan, UiTM telah menganjurkan latihan ‘Mock Teaching’

Bengkel ini dianjurkan khusus untuk Pustakawan PTAR seluruh Malaysia yang terlibat dalam mengendalikan kelas dan taklimat pengguna perpustakaan di pelbagai peringkat pengajian. Seramai 28 orang Pustakawan telah menghadiri bengkel ini yang berlangsung pada 24 Mac 2022 (Khamis) bermula tepat jam 09:00 pagi.

Cik Nor Azelea Mohd Azahar sedang melakukan ‘Mock Teaching’ di Pusat IT, PTAR

Menurut Puan Shahidatul Akhmam Rambeli yang merupakan penyelaras bengkel memaklumkan bahawa bengkel yang berlangsung selama sehari ini bermatlamat memberi pendedahan terhadap kaedah dan proses pengajaran yang berkesan. Tambahan dengan sistem pembelajaran masa kini iaitu secara hibrid (secara bersemuka atau secara atas talian).

Bengkel ‘Mock Teaching’ ini telah mengundang tiga (3) orang penceramah berpengalaman iaitu Pensyarah Kanan daripada Fakulti Pendidikan, UiTM iaitu Encik Fazyudi Ahmad Nadzri, Puan Norsiah Sirun dan Puan Syahreena Mohd Shahrom.

Bengkel yang telah diadakan di tiga lokasi berbeza dalam PTAR iaitu di Pusat IT, Smart Classroom dan Bilik Seminar bertujuan membimbing peserta secara berkesan menerusi kumpulan-kumpulan kecil. Peserta berpeluang menunjukkan kemahiran mengajar selama 10 minit bagi setiap peserta. Sesi penilaian pengajaran akan diberikan oleh pensyarah dan rakan sekerja. Peserta turut didedahkan dengan proses penyediaan pelan pengajaran supaya memahami dengan jelas penyampaian pembelajaran mengikut kelompok pengajian pelajar.

Avatar photo
Asmah binti Sabtu PTAR 1 Shah Alam

Leave a Reply