Taklimat Pengenalan Perpustakaan Minggu Edu 5.0

Pada 25 Mac 2022, satu taklimat pengenalan perpustakaan telah diadakan selama satu jam bermula pada jam 3.00 petang hingga 4.00 petang. Taklimat ini dianjurkan oleh Fakulti Pendidikan dan diadakan secara atas talian dipancarkan di Youtube Live EDUTube. Taklimat ini disampaikan oleh Encik Arshad Bujang iaitu Timbalan Ketua Pustakawan Kanan, PTAR Kampus Puncak Alam.

Tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk memberi pengenalan perpustakaan berkenaan dengan sistem yang digunakan, waktu operasi perpustakaan, program atau aktiviti yang dijalankan di PTAR dan sebagainya kepada para pelajar baharu Fakulti Pendidikan di UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam.

Di samping itu, taklimat ini diadakan adalah bertujuan untuk mempromosikan PTAR di kalangan para pelajar baharu agar mereka dapat menggunakan semua kemudahan yang disediakan di PTAR dalam mencari bahan pembelajaran dan penyelidikan dengan sebaiknya. Seramai 110 orang pelajar baharu telah menyertai program ini.

Penulis : Puan Nur Fatihah Muhamad

Nur Fatihah Muhamad PTAR Puncak Alam

Leave a Reply