Lawatan Kolej Vokasional Chenor

Pada 22 Februari 2022  (Selasa) pihak Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka, berbesar hati telah menerima lawatan daripada Kolej Vokasional Chenor Pahang.

Lawatan terdiri daripada 22 orang tenaga pengajar Kolej Vokasional Chenor. Lawatan ini telah memberi satu jalinan kolaborasi antara dua pihak di mana semua pelawat telah mendaftar sebagai ahli luar perpustakaan dan sekaligus layak menggunakan perkhidmatan yang terdapat di Perpustakaan Al-Bukhari termasuk peminjaman bahan sebagai bahan rujukan untuk sesi pembelajaran dan pengajaran mereka.

Dalam sesi lawatan ini, Encik Fadhli bin Samsudin, Pustakawan Kanan di Perpustakaan Al-Bukhari telah memberi taklimat ringkas dalam proses pencarian bahan. Staf unit perkhidmatan pelanggan juga tidak melepaskan peluang membantu tenaga pengajar Kolej Vokasional Chenor dalam pencarian bahan tersebut.

Hasil lawatan ini dapat menyokong SDG 4 : “Quality Education” serta SDG 17: “Partnerships For The Goals” yang mana memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat.

Proses pencarian bahan dan peminjaman bahan.

Disediakan oleh : Noor Azliza Binti Aziz, Pembantu Pustakawan.

Norfitriah Mat Seman PTA Machang Kelantan

Leave a Reply