Sesi Perkongsian Ilmu: Bengkel Microsoft® Excel For Beginner

Bengkel Microsoft Excel For Beginner

Pada Khamis, 3 Mac 2022, PTAR UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau telah menganjurkan Sesi Perkongsian Ilmu menerusi Bengkel Microsoft® Excel For Beginner yang disampaikan oleh Pembantu Pustakawan, Cik Malisyah Jamal Abdul Nasir. Bengkel ini diadakan di Makmal Komputer 2, PTAR Kampus Rembau dan disertai oleh 11 orang peserta terdiri daripada kakitangan bukan akademik, dengan mematuhi kapasiti dan SOP yang disarankan.

Bengkel Microsoft Excel For Beginner
Para peserta Bengkel Microsoft® Excel For Beginner

Objektif sesi ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi tunjuk ajar tentang penggunaan Microsoft® Office Excel bagi peserta yang masih belum berkemahiran. Pelaksanaan program ini juga secara tidak langsung menyokong kepada sasaran Sustainable Development Goals (SDG) iaitu SDG ke-4; Pendidikan Berkualiti.

Program yang berlangsung selama dua (2) jam tersebut telah memberikan input kepada peserta tentang fungsi asas dalam perisian Microsoft® Office Excel, fungsi baru versi terkini serta tip-tip penggunaan yang boleh dipraktikkan di dalam tugasan yang dilaksanakan setiap hari.

Disediakan oleh: Muhammad Shafiq Amirullah, Pustakawan PTAR Kampus Rembau

Avatar photo
Muhammad Shafiq Amirullah PTAR Rembau N. Sembilan

Leave a Reply