Program PAB English Class : Professional English

Program kerjasama Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Cawangan Pahang bersama Akademi Pengajian Bahasa UiTM Cawangan Pahang telah berjaya diadakan pada 28 Februari 2022 (Isnin) bermula pada jam 9.00 pagi, bertempat di ruang bacaan Perpustakaan Al-Bukhari.

“PAB English Class : Professional Communication” ini adalah merupakan program pembudayaan ilmu dan perkongsian pengetahuan bahasa yang melibatkan semua staf Perpustakaan. Program ini juga dibuka kepada warga kampus yang berminat untuk menyertai program ini.

Selain itu, program ini juga boleh dijadikan sebagai satu kaedah penambahbaikan keberkesanan komunikasi staf yang bertugas di kaunter-kaunter UiTM Cawangan Pahang. Program diketuai oleh Puan Khairunisa Nikman (Pensyarah) dibantu bersama 8 fasilitator daripada Akademi Pengajian Bahasa.

Program PAB English Class terbahagi kepada dua Slot. Slot 1 PRONUNCIATION dan Slot 2 ENGLISH FOR PROFESSIONAL COMMUNICATION. Program ini adalah bagi merealisasikan SDG 4 Quality Education dan SDG 17 Partnerships For The Goals.

Slot 1 PRONUNCIATION
Slot 2 ENGLISH FOR PROFESSIONAL COMMUNICATION

Disediakan oleh : Noor Azliza Bt Aziz, Pembantu Pustakawan

Avatar photo
Norfitriah Mat Seman PTA Machang Kelantan

Leave a Reply